Setengah tahun pertama 2010 telah berlalu. Dalam setengah tahun pertama ini ada pelbagai peristiwa telah berlaku dan setiap peristiwa yang berlaku apabila dirangkumkan ia seolah-olah isyarat dari Allah untuk peka kepada watak-watak disekeliling saya. Ia seumpama satu petunjuk dari Allah tentang the true colors watak-watak dikelliling saya. Orang yang saya sangkakan lemah kembut dan baik rupa-rupanya orang yang merbahaya dan ada orang yang saya sangkakan merbahaya rupa-rupanya sebaliknya.
Paling menarik dengan seorang insan yang amat rapat dengan saya. Dari perwatakannya dia nampak sangat berkeyakinan dan adakalanya orang nampak dia seorang yang suka berbangga diri. Dalam hati saya selalu berkata takkan dia terlalu perfect. Tetapi setelah diperhati dan diselongkar kehidupan dia, saya tahu kenapa dia jadi begitu. Sekarang, saya abaikan sikap bangga dirinya kerana dia masih banyak sifat-sifat terpuji yang saya masih boleh menerimanya.
Adakalanya saya tersenyum dalam hati bila mendengar sesetengah orang mengata atau mengutuk tapi mereka seperti bercakap dengan cermin - mengata diri sendiri juga.
"Si A memang macam tu...suka sangat bab2 XXXX".
Tetapi apabila mereka berkata tentang XXXX bukankah mereka sama seperti si A?
"Dah memang orang ada nampak dia balik berdua lepas kol 2 pagi".
Orang yang berkata itu juga pernah membuat begitu tanpa sedar.. hanya berbeza
tarikh dan orang. Bukankah orang itu sama seperti orang yang dia mengata?
Insiden-insiden seperti di atas membuatkan saya teringat kepada kisah Pendekar Bujang Lapok di mana ketiga-tiga bujang lapok ditertawakan oleh rakan sekelas kerana tidak kenal huruf jawi. Tetapi hakikat sebenarnya rakan sekelasnya itu pun sama buta huruf.
Saya cuba memandang setiap apa yang berlaku ini dari sudut positif walaupun ada sesetengah peristiwa amat perit untuk diterima. Apa yang saya nampak dari sudut positif ialah Allah sedang menyedarkan saya agar peka dengan orang sekeliling dan jangan terlalu cepat percayakan seseorang. Dari sudut itu saya amat bersyukur kehadrat Allah kerana menyedarkan saya. Sesungguhnya saya hanyalah insan biasa yang serba kekurangan tetapi sedang berusaha memperbaiki kelemahan dan kekurangan dalam diri ini. Semoga azam tahun ini akan tercapai.

0 comments:
Post a Comment