Petang tadi sebelum saya balik rumah saya dapat panggilan dari saudara rapat saya. Saudara saya ni sangat tension dengan tuan supervisornya. Saya sangat simpati dengannya ..Mungkin sebab dia bercerita sampai menangis teresak2.
Saya faham masalah dia. Seorang pelajar yang baru nak belajar membuat research...baru nak belajar buat proposal projek sarjana muda. Mungkin dia terlalu tension sebab dah banyak buku, artikel dibaca tetapi segala kerja kena reject oleh tuan supervisor. Saya tau saudara saya ni bila buat kerja sangat bersungguh2. Mungkin kalau kena reject dan diberi penerangan lebih jelas atau diberi motivasi dia tak menangis tetapi tuan supervisor nie reject kerja dengan kata2 yang mematahkan semangat. Tambah sedih ditertawakan oleh pelajar Master tuan supervisor ini.
Ermm...Tuan supervisor berpangkat Prof. Madya dan ada title dr, pelajar master tuan supervisor sudah ada degree.. Kedua-duanya lebih tinggi taraf dari saudara saya. Mungkin dek kerana taraf sudah tinggi, bila mereka memberi penerangan kepada saudara saya, mereka lupa nak rendahkan sedikit level mereka sekejap. Adakah saya bila sudah ditarafkan yang tinggi akan lupa kepada mereka yang bertaraf lebih rendah dari saya? Harap2 saya tak begitu.
Kepada saudara rapat saya..bersabarlah. Mungkin Allah memberi sedikit ujian kepada anda sebelum memberikan nikmat yang tidak terhingga. Satu tips dari abang faisal, cuba tukar kata2 negatif yang datang kepada kata2 positif. Insyaallah diri kita akan kuat dan lebih bersemangat. Menangis tu boleh tetapi menangis tu sekadar pain killer. Terlalu kerap menangis tanpa apa2 tindakan takkan dapat kesan positif.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comments:
haha biaselah tu... adat belajar... kena gelak tu perkara biasa...
http://beyta.net
Post a Comment