Sunday, August 9, 2009

kematian

Andai Ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku
Andai Ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan kau ambil nyawaku
Aku takut
Akan semua dosa-dosa ku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku
Sebahagian lagu Andaiku tahu dari Ungu menginsafkan diri ini agar selalu ingat akan mati. Sejak akhir2 ini selalu sangat dengar berita kematian. Ada orang cakap bulan syaaban memang selalu berlaku kematian (tapi tak pasti kesahihan fakta ini). Minggu lepas anak kawan baik kaklong saya meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Koma beberapa hari, banyak organ yang rosak. Allah lebih menyayangi dirinya..selepas 3 hari koma, anak kawan baik kaklong ni meninggal dunia. Jumaat baru-baru ini seorang pelajar UiTM Johor meninggal dunia kerana H1N1.
Seharusnya kematian demi kematian ini akan mengingati diri kita yang dunia ini hanya pinjaman dan bertaubat dan memperbaiki diri segera selagi ada peluang. Al-Fatihah untuk mereka yang telah kembali ke rahmatullah...AL-FATIHAH..

0 comments: