Thursday, November 19, 2009

Iman

Saya dah lama tak mencoret di blog ini. Hakikat sebenarnya ada banyak peristiwa yang berlaku dalam hidup saya sepanjang saya tak menjengah blog saya nie. Hari ini entah mengapa perasaan..emosi saya bercampur aduk...Ada perasaan suka..sedih..bimbang..Ermmmm... mungkin sebab indeks keimanan saya sudah menurun..

Sejak akhir-akhir ini saya amat suka lagu Melly Goeslow dan Amee - Ketika cinta bertasbih. Lirik lagu ini menusuk ke hati saya. Lagu ini juga membuatkan saya teringat betapa indeks keimanan saya tak konsisten..sekejap naik..sekejap turun..tapi mahukan macam-macam dariNYA.. teruk betul saya nie...

Ketika Cinta Bertasbih
Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu
Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada mu Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit
Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Cinta…
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih

Wednesday, August 19, 2009

Taraf

Petang tadi sebelum saya balik rumah saya dapat panggilan dari saudara rapat saya. Saudara saya ni sangat tension dengan tuan supervisornya. Saya sangat simpati dengannya ..Mungkin sebab dia bercerita sampai menangis teresak2.

Saya faham masalah dia. Seorang pelajar yang baru nak belajar membuat research...baru nak belajar buat proposal projek sarjana muda. Mungkin dia terlalu tension sebab dah banyak buku, artikel dibaca tetapi segala kerja kena reject oleh tuan supervisor. Saya tau saudara saya ni bila buat kerja sangat bersungguh2. Mungkin kalau kena reject dan diberi penerangan lebih jelas atau diberi motivasi dia tak menangis tetapi tuan supervisor nie reject kerja dengan kata2 yang mematahkan semangat. Tambah sedih ditertawakan oleh pelajar Master tuan supervisor ini.

Ermm...Tuan supervisor berpangkat Prof. Madya dan ada title dr, pelajar master tuan supervisor sudah ada degree.. Kedua-duanya lebih tinggi taraf dari saudara saya. Mungkin dek kerana taraf sudah tinggi, bila mereka memberi penerangan kepada saudara saya, mereka lupa nak rendahkan sedikit level mereka sekejap. Adakah saya bila sudah ditarafkan yang tinggi akan lupa kepada mereka yang bertaraf lebih rendah dari saya? Harap2 saya tak begitu.

Kepada saudara rapat saya..bersabarlah. Mungkin Allah memberi sedikit ujian kepada anda sebelum memberikan nikmat yang tidak terhingga. Satu tips dari abang faisal, cuba tukar kata2 negatif yang datang kepada kata2 positif. Insyaallah diri kita akan kuat dan lebih bersemangat. Menangis tu boleh tetapi menangis tu sekadar pain killer. Terlalu kerap menangis tanpa apa2 tindakan takkan dapat kesan positif.


Sunday, August 9, 2009

kematian

Andai Ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku
Andai Ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan kau ambil nyawaku
Aku takut
Akan semua dosa-dosa ku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku
Sebahagian lagu Andaiku tahu dari Ungu menginsafkan diri ini agar selalu ingat akan mati. Sejak akhir2 ini selalu sangat dengar berita kematian. Ada orang cakap bulan syaaban memang selalu berlaku kematian (tapi tak pasti kesahihan fakta ini). Minggu lepas anak kawan baik kaklong saya meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Koma beberapa hari, banyak organ yang rosak. Allah lebih menyayangi dirinya..selepas 3 hari koma, anak kawan baik kaklong ni meninggal dunia. Jumaat baru-baru ini seorang pelajar UiTM Johor meninggal dunia kerana H1N1.
Seharusnya kematian demi kematian ini akan mengingati diri kita yang dunia ini hanya pinjaman dan bertaubat dan memperbaiki diri segera selagi ada peluang. Al-Fatihah untuk mereka yang telah kembali ke rahmatullah...AL-FATIHAH..

Sunday, June 28, 2009

Housemate, sahabat dan saudaraku....

Pagi2 sabtu kira2 pukul 7 pagi saya dapat panggilan yang housemate saya; Ada dan seorang student; Fara mengalami kemalangan di Tangkak pada Jumaat malam. Terkejut juga saya pagi2 buta tu. Paling teruk Fara, terpaksa transfer ke Hospital Muar dari Hospital Tangkak. Saya bergegas ke Hospital Muar, melawat Fara. Alhamdulillah walaupun bukan time melawat tapi saya dibenarkan melawat Fara. Sempat berjumpa Dr. Azlan yang merawat Fara. Boleh tahan teruk keadaan Fara. kaki dan tangan patah. Waktu saya melawat dua2 belah kaki dia diletak pemberat seberat 3 kg. Tangan disimen dan pakai neck supporter. Menurut kata Dr. Azlan, perut Fara juga mungkin akan dibedah sebab doktor suspect ada organ dalam yang cedera.

Disebabkan saya perlu ke JB sebab dah berjanji dengan kaklong, saya hanya melawat Ada hari ini. Ada walaupun tak teruk macam Fara tapi sengsara juga. Kaki berjahit, Tulang rusuk patah dan tulang di bahagian kaki beralih. Malam ni Pukul 9 malam Ada berpindah ke Hospital Selayang. Dipindahkan bagi memudahkan keluarga dia menjenguk Ada sebab tak jauh dari rumah keluarga Ada di Batu Caves. Ermmm...nampak gaya saya duduk rumah sorang2 lagi sebab housemate yang merangkap sahabat dan saudara saya ni mungkin terpaksa bercuti lama. Semoga Ada dan Fara cepat sembuh. Aminnn....

Wednesday, June 3, 2009

Curi

Dah lama tak bercuti panjang. Saya ambil cuti dan balik ke Muar. Salah satu cerita bila saya balik Muar ialah kes kecurian. Saya letak barang mak saya terus cakap " Rumah kita nie baru jer kena masuk pencuri". Terkejut saya lantas bertanya apa yang hilang. Mak dengan selamba cakap..banyak barang hilang tapi dia ambil semua jenis sabun kat belakang rumah. Habis sabun basuh baju, soflan dan pencuci pinggan mak kena kebas. Semua tu baru pakai.

Nak tergelak pun ada tapi kes kecurian macam nie bukan sekali berlaku di kawasan perumahan saya. Dulu jiran saya hilang bihun yang belum dibuka, bawang dan kentang. Rasanya barang2 nie pencuri tak jual tapi dicuri untuk kegunaan sendiri. Ermm...dia buat rumah kita macam kedai runcit. Teringat saya raya 2 tahun lepas kalau tak silap saya. Periuk dan kuali saya dicuri. Tapi modus operandi sang pencuri dia ambil periuk dan kuali sikit sampai kami tak sedar kuali dan periuk dah kena curi. sedar2 dah makin sikit periuk dan kuali. Lagi seminggu nak raya baru tersedar..Kami terpaksa cari periuk dan kuali baru...Mak memang simpan kuali dan periuk kat belakang rumah tapi sekarang semua dah bawa masuk ke rumah...

Hai...macam2 perangai manusia ni kannn....

Tuesday, June 2, 2009

Rindu....

Semalam jiwa saya agak sentimental sket..entah naper tah....saya tertidur awal dan terjaga kira2 pukul 1 pagi..Waktu saya bangun hujan turun dengan lebatnya setelah beberapa hari panas terik di Muar. Secara tiba2 saya rasa terlalu rindu dengan sahabat saya...

Sebenarnya perasaan rindu saya pada sahabat saya nie dah lama...sebab walaupun selalu berjumpa tapi umpama berjumpa dengan bayang2...boleh dilihat tapi tak dapat nak gapai...lantas kerana mengikut perasaan sentimental..saya hantar sms tgh2 malam buta khas untuk sahabat saya ni..

" ***, aku rindu kat ko....." tanpa mengharap balasan sms dari dia... Saya berjaga hingga ke subuh mengadap laptop menyiapkan research yang tak tau bila nak siap...Lepas subuh mata terlalu mengantuk...baru beberapa minit mata dipejam tiba2 hp berbunyi tanda ada sms masuk.... sms dari sahabat yang saya rindu..." aku pun rindu.."

Saya tak jadi tidur tetapi saling membalas sms dengan sahabat saya nie....hahahahaha....macam orang bercinta plak...Tapi hakikatnya perasaan rindu bukan hak mutlak pasangan bercinta..Kita bebas merindui sesiapa mengikut tujuan dan perspektif masing2...Asalkan masih menjaga batas2 adat dan agama...

Perasaan rindu saya pada sahabat saya ni mungkin disebabkan kami dah lama tak share cerita...dah lama tak 'bergaduh'..dan kebetulan masing2 bercuti lama...Mungkin faktor kesibukan juga menyebabkan kami tak sempat buat aktiviti itu.....

Monday, May 4, 2009

E-Filing....cuti2...Buah hati pengarang jantung..


Minggu lepas dari 30 April hingga 4 Mei saya bercuti. Saja nak relakskan diri sebelum marking final paper. Pada mulanya tak terniat nak cuti pada 30 April tu. Entah apa saya dah buat dengan e-filing saya sampai ID kena gantung. Itulah bahana buat keje last minutes...Sepatutnya saya boleh call aje mana2 cawangan LHDN tapi saya call asyik tak dapat jer..saya ambil keputusan ambil cuti 30 April tu. Selain settlekan e-filing saya boleh settlekan mcm2 hal lagi termasuk servis kereta. Almaklumlah..nak ke JB kenaler servis dulu kereta tu....hehehehe....


1Mei hari pekerja..So minggu tu kira bercuti panjang..1-3 Mei..Saya dah plan ngan mak ayah saya untuk ke JB. Selain nak ambil barang2 Hajar, kami memang dah lama tak pergi rumah kak long dan abang Faisal. Ermmm....kalau berjalan dengan ayah..dia memang suka ikut jalan lama. Seronok juga ikut jalan lama..saya akan drive dalam keadaan santai sebab nak menikmati pemandangan kampung2 dan pekan sepanjang perjalanan..Berbeza kalau ikut highway..saya rasa nak memecut laju jer...hehehehe..Walaupun kadang penat sikit ikut jalan lama.. tapi kalau berjalan dengan ayah...saya seronok sebab kami akan berborak2 macam2 hal.. dari hal famili hingga hal2 politik. Sekali sekala ayah akan usik mak...Saya dan Is (adik bongsu) akan gelakkan mak dan jadi supporter ayah bila ayah mengusik mak..hehehehe...


Seronok tak terhingga dapat berjumpa anak2 buah yang makin membesar dan makin keletah. Amir, Fitri dan Tini dengan dunia remaja mereka...Mereka dah boleh diharap menjaga adik2 mereka... Adam dan Tina sebaya..berusia 6 tahun...Sudah pandai membaca dan kuat berangan. Seronok berborak dengan mereka bila mendengar pandangan mereka yang kadang2 tidak terfikir oleh orang dewasa. Tapi paling seronok tengok keletah aisyah dan nurin. Aisyah yang keletah ada ajer kerja yang dia nak buat..hanya senyap apabila tidur...Kadang2 pening gak tengok keletah dia yang tak reti duduk diam....Nurin kurang aktif masa jumpa dia kali ni sebab dia demam...nak bercakap pun tak boleh sebab sakit tekak...dia banyak sengih ajer...Dan anak sedara paling kecil ialah nurul Iman...Baru 3 bulan tapi badan macam dah 5-6 bulan....Makin keletah dan suka kalau kita mengagah dia.. ermmm.... hujung tahun nie akan bertambah 2 orang anak saudara saya...Makin berkembang keluarga saya..


Balik ke Muar semalam dan pagi2 nie saya balik ke Segamat..Penat tak hilang lagi tapi apakan daya..paper dah masuk lorrr....malam kang berjaga malam ler jawabnya...sekali masuk 2 kod lagi...huhuhuhuhu....


Buah hati pengarang jantungku....